Apasihitu

Pengertianya adalah blog berbentuk magazine yang di didalamnya berisi hal hal dan tips trik menarik seputar pengertian, astronomi, sains, cinta, arkeologi, inspirasi, motivasi,tutorial photoshop, tutorial blogger, dan masih banyak lagi yang menarik dan bermanfaat lainya.

Jumat, 25 Mei 2012

nih !!8 Tips Dalam Memilih Nama Domain Untuk Blog

Nama domain ataupun domain name merupakan sebuah identiti yang unik merujuk kepada blog kita. Sebagai contoh yang mudah. Ianya unik, hanya ada satu dan tidak ada blog lain yang boleh menggunakan nama domain tersebut. Jadi, pemilihan nama atau perkataan sangat penting bagi sesebuah nama domain. Ianya samalah seperti ketika kita memilih nama anak untuk bayi yang baru lahir.
Tetapi di dalam entri kali ini, saya tidak akan menyentuh mengenai pemilihan nama bayi. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda mengenai tips yang saya gunakan semasa memilih nama domain untuk blog-blog saya.
1. Trademark
Dalam proses pemilihan nama domain, perkara yang paling penting yang perlu diambil berat adalah trademark. Saya pernah memilih sebuah nama domain yang mempunyai perkataan yang telah di-trademark-kan dan berhajat untuk mendaftarkan nama domain tersebut. Tetapi sebelum itu, saya sempat menghantar email pada empunya trademark dan meminta pengesahan bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut di dalam nama domain. Seperti yang saya jangka, mereka tidak membenarkan penggunaan perkataan tersebut dan meminta saya untuk menggunakan perkataan yang lain. Mahu atau tidak, saya terpaksa melepaskan nama domain itu dengan penuh kecewa. Tetapi ianya lebih baik daripada saya kena saman berjuta-juta hanya disebabkan menggunakan perkataan yang telah di-tradermark-kan.
2. Ringkas
Kalau boleh, cuba gunakan perkataan-perkataan yang ringkas untuk nama domain anda. Jangan memilih nama domain yang sangat panjang yang terdiri daripada beberapa perkataan sehinggakan sukar untuk pelawat mengingatinya. Mencukupi sekiranya nama domain tersebut terdiri daripada satu atau dua patah perkataan. Lebih menarik kalau nama domain itu berkaitan dengan niche blog anda.
3. Catchy
Part ini adalah part yang paling sukar bagi saya. Untuk memilih perkataan yang catchy, terlebih dahulu kita perlu tahu niche yang ingin dibawa oleh blog kita. Tidak mungkin blog mengenai menu masakan menggunakan nama domain yang canggih-canggih seperti www.ultrafood.com ataupunwww.resepipower.com? Cuba dapatkan perkataan yang lebih sesuai tetapi dalam masa yang sama mempunyai daya tarikan untuk pelawat membaca blog anda seperti www.resepimelayu.com.
4. SEO (Search Engine Optimization)
Salah satu cara untuk mendapatkan tarikan trafik yang tinggi adalah memilih perkataan yang search engine friendly. Gunakan perkataan-perkataan yang melambangkan identiti blog anda tanpa perlu ada simbol-simbol ataupun nombor. Cara ini dapat memudahkan pelawat menjumpai blog anda di dalam search engine. Jangan memilih perkataan-perkataan yang kompleks sepertiwww.extr3meblogger.com ataupun www.4castexchange.com.
5. Nickname
Selalunya penggunaan nickname pada nama domain digunakan pada blog-blog berbentuk peribadi seperti www.megat.netwww.topotato.comwww.kujie2.com dan sebagainya. Kebaikan penggunaan nickname ini adalah mudah bagi pelawat dan rakan blogger mengingati domain blog tersebut. Dalam erti kata lain, ingat nama blogger, ingat nama domain mereka.
6. Ejaan
Selalunya terjadi kepada domain yang menggunakan perkataan Inggeris. Kadang-kala kita terkeliru dengan perkataan yang kita sebut. Lagi-lagi kalau perkataan yang digunakan itu sebutannya dekat-dekat seperti “eyes” atau “ice“. Perkara macam ini sudah pasti akan menyebabkan pelawat keliru samada domain blog anda adalah www.intheeyes.com ataupun www.intheice.com. Oleh itu, bagi mengelak perkara ini daripada berlaku, gunakan perkataan yang ejaannya tidak mengelirukan dan mudah dieja.
7. Kamus
Selain daripada itu, saya banyak merujuk pada kamus bagi mendapatkan perkataan-perkataan yang sesuai. Selain daripada bagus untuk SEO, ia juga memudahkan pelawat untuk menaip di search engine. Cuba dapatkan perkataan-perkataan yang menarik dalam kamus dan gunakan ia sebagai nama domain blog anda. Setakat ini, saya sudah mempunyai empat buah nama domain yang dipilih daripada kamus.
8. dot COM, dot NET
Tips yang terakhir lebih berbentuk kepada pendapat peribadi. Dalam pendaftaran untuk nama domain blog, saya hanya menggunakan .com ataupun .net. Untuk .com, saya gunakan untuk blog yang berbentuk informasi dan formal. Bagi blog yang bersifat santai dan peribadi, saya lebih gemar menggunakan .net. Tiada apa yang istimewa di antara .com mahupun .net. Ianya terpulang kepada diri anda untuk memilih mana yang terbaik.
Dengan memilih nama domain yang terbaik akan memberikan impak yang lebih kepada blog anda. Diharapkan dengan adanya kelapan-lapan tips yang dikongsikan di sini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea dalam pemilihan nama domain.
Sekiranya anda sudah mempunyai nama domain di dalam kepala, jangan berlengah lagi. Segera ke laman web domain provider seperti Elfbytes Web Hosting dan daftarkan nama domain tersebut secepat mungkin. Jangan terlambat kerana mungkin anda akan kehilangan nama domain itu untuk selama-lamanya. Semoga berjaya! :)

Berlangganan via email

 
Back To Top